Bercuti di port dickson

10 Tempat Penginapan & Homestay ‘Best’ Di Port Dickson. Jom Bercuti!













                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sebut saja Port Dikson, masing-masing dah terbayang pantai yang luas, tenang dan indah. Lokasi ini memang popular sebagai tempat percutian dan bersantai dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Masuk saja akhir tahun, makin ramailah yang berpusu-pusu ke Port Dickson untuk menghabiskan cuti tahunan, mengadakan hari keluarga, jamuan akhir tahun, dan sebagainya.
Selain pantainya yang menjadi tarikan, Port Dickson juga terkenal dengan banyak lagi tempat menarik seperti Kota Lukut, Ostrich Farm, dan Rumah Api Tanjung Tuan. Memang seronok! Nak tambah menarik, di sini kami senaraikan beberapa lokasi penginapan ‘best’ untuk anda yang lain daripada lain.

10 HOMESTAY & PENGINAPAN ‘BEST’ DI PORT DICKSON. JOM BERCUTI!

1. VILLA 969

Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor – mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor – pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.
Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.
Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson
No Tel: 013-3999340
Harga: Bermula RM750 / semalam

2. UNCLE DAN’S VILLA

Homestay seterusnya ini terletak di Batu 12, berhampiran dengan PD Extreme Park dan jeti nelayan. Ia adalah tempat yang meriah untuk diadakan gathering, tetapi pada masa yang sama memberi privasi kepada pengunjung.
Segala kemudahan asas serba cukup dan ruangnya juga amat luas. Ada set BBQ, wifi, mesin basuh, dan sebagainya. Dengan kolam renang yang menjadi tarikan utama, anda boleh ‘berendam’ dan bermain air pada bila-bila masa. Gazebo dan taman terletak di sebelah kolam renang memberi lagi ‘feel’ untuk anda bersantai dan berkelah. Memang ‘best’!
Lokasi: Taman Pantai Dickson, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
No Tel: 012-245 1201
Harga: Bermula RM950/malam dan RM1600 / 2 malam (bagi keseluruhan rumah 4 bilik)

3. VILLA LOT 1638

Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direkabentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah senibinanya amat memukau! Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.
Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan; di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson<
No Tel: 019-310 5539
Facebook: https://www.facebook.com/L1638/
Harga:  Bermula RM329 (Private Suite Room – 2 orang), RM390 (Private Luxury Suite Room – 2 orang), RM479 (1 Bedroom Garden Villa – 4 orang), RM619 (2 Room Balcony Villa – 6 orang), RM619 (2 Room Duplex Villa – 5 orang)

Salah satu unit duplex

4. LAKE VIEW FARM PORT DICKSON

Bagi anda yang ingin merasai suasana kampung dan mendekati alam semulajadi, Lake View Farm adalah pilihan yang terbaik.
Di sini, anda boleh melakukan aktiviti berkayak di tasik, memancing, bermesra dengan haiwan seperti monyet, kambing, angsa, ayam, dan arnab. Terdapat juga ladang buah-buahan yang boleh dilawati, bergantung kepada musim.
Sesekali, ubah citarasa dan hirup udara segar memang menyeronokkan! Anak-anak pun tentu leka bermain dengan haiwan yang jinak.
Lokasi: Lorong Selasih 1, Port Dickson. Koordinat GPS: 2.548053, 101.826279
Harga: Bermula RM550

5. HOMESTAY 133 VILLA

Banglo ini terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini juga tak kurang menariknya. Terdapat sebuah banglo dan sebuah chalet yang boleh anda pilih bergantung kepada keselesaan bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.
Dengan laman yang luas dan fasiliti yang lengkap, anda boleh berkaraoke, BBQ, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar dan selesa.
Lokasi: 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson
No Tel: 012-330 4632
Harga: Bermula RM600/malam (chalet), dan RM800/malam (banglo)

6. VILLA DUAPULUHSEMBILAN

Sebuah lagi tempat penginapan untuk anda berkumpul dan relaks bersama keluarga, Villa Duapuluhsembilan ada menyediakan segala kemudahan untuk anda menyambut ulangtahun atau mengadakan pool party!
Villa ini menyediakan 3 bilik buah bilik dengan 2 bilik air di dalam dan 1 di luar. Seronok sangat sebab boleh berendam di private pool yang luas dan nyaman.
Lokasi: No. 29, Jalan PDV2, PDVilla Country Resort, Port Dickson
No Tel: 012-235 6391
Harga: Bermula RM550 weekday dan RM650 weekend

7. WIDAD VILLA

Untuk anda yang inginkan sebuah rumah percutian yang betul-betul berhadapan dengan pantai, Widad Villa pasti akan membuat anda tersenyum. Bayangkan, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah saja untuk bermandi-manda di pantai dan menyertai sukan pantai.
Dengan laman yang luas, bayu laut, dan pemandangan pantai yang mengagumkan, anda tetap memiliki ruang privasi yang selamat dan selesa. Menariknya, mereka yang ingin membuat tema perkahwinan ala beach wedding juga boleh menempah pakej terus dengan mereka!
Lokasi: Lot 2672 Jalan Pantai Batu 12, Pasir Panjang
No Tel: 016 6579 638
Harga: Bermula RM 2490 (2 hari 1 malam – 6 bilik dalam 1 unit villa)

8. SERENITY @ PD

Senibina ala kolonial dengan beranda yang luas, siling yang tinggi, serta ruang bilik yang cerah dan berangin pasti akan memberikan anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jauh dari bandar, lokasinya yang dikelilingi kehijauan menyajikan ketenangan dan kedamaian daripada hiruk-pikuk kota.
Dengan laluan yang melalui hutan kecil dan terus ke pantai, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan bermain pasir di pantai. Selebihnya, biar gambar berbicara!
Lokasi: Bt 12 1/2, Jalan Pantai, Kg Teluk Pelanduk, Port Dickson
No Tel: 012-2113040
Harga: Bermula RM2,260 untuk 5 bilik, 4 orang setiap bilik (pakej termasuk sarapan dan afternoon tea)

9. EAGLE RANCH RESORT

Nak merasa percutian ala Wild Wild West dan Red Indian? Eagle Ranch Resort adalah sebuah lokasi yang unik dan menampilkan pelbagai keseronokan yang merangkumi aktiviti memanah, berkuda, go kart, berbasikal, dan teambuilding.
Ada banyak pilihan penginapan dengan konsep tersendiri seperti Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower. Oh ya, sekarang ini mereka sedang mengadakan promosi hujung tahun. Banyak diskaun yang boleh diperolehi. Jadi, jangan lupa semak maklumat lanjut di laman web dan Facebook mereka ya.
Lokasi: Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, Port Dickson
No Tel: 06-661 0495
Harga: Bermula sekitar RM200+ bagi Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower

Kampung house


Bandwagon Upper / Lower

10. WOODS & WATER PORT DICKSON

Sebuah lagi penginapan yang berkonsep ala kampung ini dihiasi dengan binaan kayu yang cantik dan mesra alam. Dalam kawasan ini, anda boleh menjumpai banyak pokok buah-buahan tempatan seperti betik, cempedak, nangka, durian, rambutan, dan macam-macam lagi. Selain itu, ada banyak lagi tanaman seperti keledek, serai, halia, kunyit, cilipadi, dan pudina.
Salah satu tarikan di sini adalah kolam yang bersaiz Olimpik, sesuai untuk pelbagai aktiviti air seperti menaiki bot, menangkap ketam, dan memancing ikan. Perkhemahan juga boleh diadakan dan kelengkapan ada disediakan.
Apapun, perlu diingatkan bahawa di sini tiada wifi dan Astro disediakan dan resepsi telefon mungkin tidak begitu baik. Tapi, dengan semua aktiviti yang tersedia, anda mungkin tak perlukan semua itu lagi!
Lokasi: 4.8 km off PD Main Road near 7th Mile, Port Dickson
No Tel: 012-985 3630
Harga: Bermula RM1731 (3 bilik yang boleh memuatkan 16 orang)

APA LAGI, JOM BERCUTI!

Wah, rupaya ada banyak pilihan homestay yang lebih privasi selain hotel-hotel yang terdapat di Port Dickson. Sesuai untuk bercuti bersama pasangan, anak-anak, sanak-saudara, mahupun rakan-rakan.
Jadi, apa lagi, jomlah kita bawa ramai-ramai ‘serang’ Port Dickson dan berseronok di sana!

Comments

Popular posts from this blog

Cara memandu kereta manual naik bukit

25 Ayat-ayat jiwang , Sweet Dan Romantik Untuk Pasangan Anda

HARGA TIKET ZOO NEGARA 2019