Untuk Para Ibu, Ini 9 Tips Untuk Mudah Bersalin Tanpa Koyakan
Untuk Para Ibu, Ini 9 Tips Untuk Mudah Bersalin Tanpa Koyakan
Untuk para ibu yang sedang mengandung sekarang, khususnya yang pertama kali bakal
melahirkan, mesti rasa tak sabar kan? Dalam pada tak sabar tu, perasaan takut pun mesti ada sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Bila tiba masanya ketika bersalin tu, rupanya ada tips untuk para ibu mudah bersalin tanpa koyakan! Nak tahu apakah tipsnya, baca artikel di bawah
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAKAN
Sharing ni berdasarkan pengalaman kak iti sendiri. Khas buat mummy yang sedang preggy / bakal bersalin.
Ni antara tipsnya :
1. PUSING SATU MALL
Tips ni kak iti baca dari blog. Pernah terdetik dalam hati. Btul ke? Alhamdulillah, bagi yang suka jamu mata di shopping complex. Benda ni sesuai diamalkan. Tapi ingat berhenti bila rasa sakit.
2. DOWNLOAD APPS CONTRACTION TIMER
Untuk memudahkan kira masa kontraksi. Benda ni nurse akan tanya bila kita pergi hospital. Sama ada sakit selang 20 minit sekali atau 10 minit. Apps ni jgk boleh bantu kita bezakan kontraksi sebenar atau palsu.
3. AIR SELUSUH
Beli je air zamzam dan minta suami bacakan. (Bacaan, sila rujuk gambar no 3,4,5,6,7). Sapu dan minum di dalam labour room selepas bukaan 10 cm. Jangan minum awal nanti kena marah dengan nurse.
4. BANYAKKAN MEMBACA DOA NABI YUNUS
” Lahailla anta subhanaka inni kuntu minnazalimin “. Bila sakit sangat, minta suami bacakan di telinga. Walaupun tak dapat baca di mulut at least boleh ikut dalam hati.
Doa Pemudah:
5. PASTIKAN MAKAN
Makan telur separuh masak sebelum pergi ‘berjuang’. Ops, maksud kak iti sebelum ke hospital. Jangan sesekali biarkan perut kosong. Seperti semua sedia maklum bersalin memang memerlukan tenaga yang banyak. Nak push macam mana kalau takde tenaga.
6. KEADAAN MENGIRING
Jika bukaan belum 10 cm tapi rasa sakit macam nak teran. Kawal pernafasan dan duduk dlm keadaan mengiring. Bila dah mengiring boleh la meneran jika sakit menyerang. Ingat mengiring ye bukan dalam keadaan terlentang. Takut koyakan berlaku. Ini nurse yang ajar kak iti.
7. POSITIFKAN DIRI
Biarpun rasa letih dan tak larat nk teruskan. Kena positifkan diri. Cakap kat diri, Aku boleh!! Sikit je lagi ni.
8. BERNAFAS DENGAN BETUL MASA MENERAN
Meneran dlm kiraan 1 hingga 10. Ambil nafas dan teran bila sakit. Minta sokongan suami atau ibu.
9. PENTING!
Jangan sesekali angkat punggung waktu meneran. Ini penting untuk mengelakkan koyakan. Tips, pegang kaki dan tengok perut.
Itu sahaja tips yg kak iti rasa ramai lagi ibu-ibu yang tak tahu. Maklum la dah nak dekat due perasaan pun dah bercampur baur. Tak tau nak happy ke sedih. So, chill je. Kak iti doakan moga dipermudahkan urusan ibu-ibu semua.Ingat ! Sakit itu penghapus dosa.
jika bermanfaat share untuk semua
jika bermanfaat share untuk semua
Comments
Post a Comment