Cara Buat Blog Percuma WordPress Edisi terbaru (2018)
Cara Buat Blog Percuma WordPress Edisi terbaru (2018)
Jika anda baru sahaja mula belajar cara membuat blog atau laman web, mungkin anda mahu mencuba dahulu dengan blog percuma.
Salah satu pilihan yang anda boleh buat adalah dengan membuat blog percuma di wordpress.
Dalam post ini saya akan membawa anda untuk belajar wordpress, cara buat blog percuma wordpress daripada 0 hinggalah siap dan online tanpa memerlukan apa-apa bayaran.
Dengan wordpress anda bukan sahaja boleh membuat blog malah juga boleh mendapatkan laman web secara percuma. Berikut merupakan contoh blog percuma wordpress.
WordPress.com bukan WordPress.org
Sebelum kita pergi lebih lanjut terlebih dahulu saya ingin nyatakan bahawa untuk membuat blog atau website percuma kita akan gunakan WordPress.com bukan WordPress.org.
Jangan tersilap ya…
Apa beza WordPress.com dengan WordPress.org?
Di WordPress.com anda boleh membuat blog atau laman web secara percuma (dan juga berbayar jika anda ingin mendapatkan fungsi lebih..).
Manakala WordPress.org pula anda boleh mendapatkan perisian wordpress percuma TETAPI anda perlu hosting sendiri laman web anda.
Jika anda berminat dengan wordpress.org anda boleh baca panduan ini: Cara buat blog sendiri.
Lagi satu, jika anda berniat untuk membuat blog untuk mendapatkan pendapatan sampingan saya sarankan anda membaca tentang kelebihan dan kelemahan blog percuma wordpress.com dahulu.
Ok, mari kita mulakan.
Langkah-langkah untuk buat blog percuma wordpress
Langkah 1: Pergi ke laman rasmi WordPress.com.
Pergi ke pautan berikut: https://wordpress.com/.
Muka utama wordpress.com akan terpapar.
Langkah 2: Klik pada butang “Get Started”.
Butang tersebut jelas kelihatan pada muka depan. Butang yang sama juga ada terletak pada penjuru atas sebelah kanan.
Langkah 3: Masukkan maklumat blog @ web anda.
Berikut sedikit penerangan pada bahagian ini:
What would you like to name your site? Masukkan nama pilihan anda untuk blog atau website yang akan anda buat. Contoh: Kelab Kompang, Diari Bandar…
What will your site be about? Apa tujuan anda membuat blog ini? Untuk kelab anda? ataupun untuk merekodkan diari kehidupan anda bagi tatapan umum? Contoh: Community, review…
Bahagian ini menggunakan fungsi ‘menu dropdown’ iaitu anda kena memilih salah satu daripada topik yang suda tersedia.
Dan terdapat lebih daripada 100+ topik…
Bagaimanakah cara untuk memilih topik yang paling sesuai untuk blog @ website anda?
Cari kategori yang paling hampir dengan tujuan blog @ laman web anda. Kadang-kadang perkataan yang anda cari tidak ada..jadi kena fikir sedikit.
Contohnya anda ingin membuat blog untuk kelab Kompang…Tidak ada pilihan untuk Club. Jika fikirkan sedikit kelab juga adalah organisasi atau komuniti…bolehlah cuba cari topik tersebut.
What’s the primary goal you have for your site? Pilih saja antara pilihan yang diberikan. Jika anda rasa semuanya berkaitan, pilih semua.
How comfortable are you with creating a website? Saya cadangkan anda pilih no 3. Jika anda pilih no 1 anda mungkin akan merasa terganggu kerana ‘window pop-up’ akan kerap muncul.
Contoh borang yang lengkap di isi kelihatan seperti berikut:
Setelah siap klik butang ‘Continue’ untuk ke bahagian seterusnya.
Langkah 4: Masukkan nama domain anda.
Masukkan nama domain pilihan anda. Gunakan sahaja nama yang anda berikan pada blog @ web anda pada bahagian sebelum ini.
Sebagai contoh saya berikan nama ‘DiariBandar’
Jika nama domain anda lebih daripada 2 perkataan, pastikan tidak ada jarak di antara perkataan tersebut untuk mengelakkan wordpress.com memberikan anda nama domain bernombor.
Selepas anda memasukkan nama domain, pilihan akan keluar pada bahagian bawah seperti berikut:
Pilih nama domain yang ditandakan dengan perkataan ‘FREE’.
Untuk pilihan percuma ini, terdapat tambahan .wordpress.com pada akhir domain anda (yang bermaksud blog anda merupakan sub-domain atau anak domain kepada wordpress.com)
Klik domain tersebut dan pilihan seterusnya akan muncul.
Langkah 5: Pilih Plan.
Sudah semestinya kita pilih yang ‘FREE’
Klik butang ‘Start with Free’ untuk meneruskan.
Langkah 6: Buka akaun wordpress.
Selanjutnya, daftarkan akaun dengan wordpress.com.
Terdapat dua pilihan. Sama ada anda:
- Buat akaun baru dengan memasukkan email dan password atau,
- Sambungkan dengan akaun google/gmail anda yang sedia ada.
Dua-dua pun ok.
Tips: Anda boleh menukar username anda jika anda mahu.
Dalam contoh ini saya membuat akaun baru dengan wordpress dengan memasukkan email dan password.
Klik continue untuk meneruskan.
Langkah 7: Daftar Siap!
Dalam beberapa ketika anda akan disambut oleh skrin seperti diatas dan ini bermakna blog @ web anda suda tersedia.
Selanjutnya terdapat beberapa perkara lagi yang anda harus selesaikan.
Klik continue untuk meneruskan.
Langkah 8: Masukkan maklumat tambahan @ Ikut tutorial.
Gambar diatas menunjukkan paparan pertama yang anda jumpa dalam panel admin anda.
Saya sarankan supaya anda ikuti semua tutorial yang diberikan satu persatu dengan menekan butang ‘Do it!’
Ia akan membuatkan anda lebih memahami cara menguruskan blog wordpress percuma nanti.
Senarai ini termasuk:
- Upload site icon
- Tagline
- profile photo
- personalize contact page
- Buat post pertama
Info tambahan
Jika anda ingin mencari ikon untuk web @ blog anda boleh lawati halaman ini:flaticon.com. Jangan lupa berikan kredit pada pereka asal ikon tersebut.
Jika paparan tutorial atau setup list hilang dari skrin anda, anda boleh akses semula menggunakan url berikut:
https://wordpress.com/checklist/domainanda.wordpress.com/free
Gantikan perkataan ‘domainanda’ dengan nama domain anda yang sebenar.
Langkah 9: Tambahan: Cara tukar tema (theme) blog @ laman web anda
Tema wordpress anda dipilih berdasarkan pilihan topik/jenis website @ blog anda (yang anda buat pada langkah ke 3). Anda boleh menukar tema ini mengikut cita rasa anda sendiri.
Caranya seperti berikut:
- Pada bahagian panel admin anda terdapat menu pilihan pada sebelah kiri.
- Klik pada menu ‘Themes’. (Bukan butang customize).
- Paparan seperti berikut akan muncul.
- Pada penjuru kanan sebelah atas terdapat 3 pilihan iaitu: All, Free, Premium. Pilih Free untuk mendapatkan thema percuma.
- Klik pada mana-mana theme untuk mendapatkan info lebih lanjut.
- Dalam ruangan berikut anda boleh membuat beberapa pilihan seperti ‘Open Live Demo’ dan juga ‘Activate’ untuk memilih.
Langkah 10: Tambahan: Aktifkan akaun wordpress anda
Jangan lupa untuk mengaktifkan akaun wordpress anda. Jika tidak diaktifkan anda tidak dapat membuat post atau page.
Cara untuk mengaktifkan senang sahaja.
WordPress ada menghantar email kepada alamat email yang anda daftarkan. Anda cuma perlu klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda.
Dengan berakhirnya langkah ke-10 tersebut maka siaplah blog @ laman web percuma anda. Kongsikan ilmu ini pada kawan2 anda
Comments
Post a Comment