Cara Buat Blog: Bina Website Sendiri Dengan Mudah 2018
Cara Buat Blog:
Bina Website Sendiri Dengan Mudah 2018
Anda berminat untuk membuat blog atau website sendiri tetapi tidak tahu bagaimanakah caranya? Terus terang saya nyatakan sini,cara buat blog tidaklah sesukar yang disangka. Dengan sedikit bimbingan anda pasti dapat membuatnya sendiri.
Apakah kelebihan mempunyai blog sendiri?
Kebanyakkan orang bermula dengan hobi, blog sebagai hobi. Kemudian bertukar menjadi pendapatan sampingan. Akhirnya menjadi punca pendapatan utama.
Jika anda mempunyai blog, anda boleh menggunakan blog tersebut untuk menjana pendapatan sampingan. Tidak rugi, malah anda berasa seronok kerana mempunyai hobi yang berbayar.
Dalam post ini, saya akan cuba membimbing anda untuk belajar buat blog sendiri dengan mudah, langkah demi langkah dalam bahasa yang paling senang difahami.
Jangan bimbang, dengan kemudahan yang ada sekarang, anda tidak perlu mengetahui program seperti html, css, js atau program server untuk membuat blog, melainkan anda ingin membuat sesuatu benda yang sangat terperinci.
Nota: Cara buat blog ini memerlukan sedikit perbelanjaan untuk bayaran domain dan pakej hosting.
Jika anda mahu mencuba yang percuma dahulu boleh rujuk sini: Jika anda mahu mencuba yang percuma dahulu boleh rujuk sini: Buat Blog @ laman web percuma di WordPress.com
http://travelingatmalaysia.blogspot.my/2018/03/cara-buat-blog-percuma-wordpress-edisi.html
http://travelingatmalaysia.blogspot.my/2018/03/cara-buat-blog-percuma-wordpress-edisi.html
Apa yang anda perlukan untuk membuat blog sendiri
Untuk membuat blog sendiri menggunakan panduan dalam post ini anda perlukan:
- Bajet : Bayar domain + pakej web hosting.
- Masa: Untuk buat blog
Dalam panduan ini, kita akan menggunakan wordpress sebagai platform blog. Terdapat banyak sebab kenapa anda harus memilih wordpress, antaranya adalah:
- Tersedia untuk blog
- Senang untuk digunakan
- Boleh diurus dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet
- Tidak memerlukan pengetahuan coding
- Bagus untuk SEO
Ringkasan cara untuk buat blog
Berikut merupakan 4 langkah utama untuk membuat blog sendiri:
- Pilih topik blog
- Tentukan nama domain untuk blog anda
- Beli domain dan hosting
- Install WordPress
Cara buat blog langkah demi langkah
Mari ikuti langkah demi langkah ini untuk membuat blog ini dengan lebih terperinci.
Langkah 1: Pilih Topik Blog
Paling penting sebelum anda membuat blog, tanya diri anda.
Apa tujuan utama anda buat blog?
Untuk hobi? Untuk menjana pendapatan sampingan? Untuk mempromosikan syarikat atau bisnes anda?
Kunci utama untuk memilih topik ialah:
Pilih topik yang anda minat
Taktik ini sangat berkesan untuk jangka masa panjang. Apabila anda memilih topik yang anda minati, anda akan seronok untuk membuatnya.
Anda dapat menyelitkan perasaan atau emosi anda dalam penulisan blog. Ini menjadikan blog anda lebih menarik.
Kebarangkalian untuk blog menjadi hambar adalah sangat tinggi jika anda tidak menyukai topik yang dipilih.
Anda tidak dapat berbohong kepada para pembaca. Apabila anda menulis sesuatu yang anda tidak minati/sukai, ia boleh dikesan daripada gaya penulisan anda.
Terutama sekali bila ia dibaca oleh mereka yang betul-betul meminati topik tersebut. Oleh itu pilihlah topik yang anda betul-betul minat.
Tetapkan satu topik sahaja
Adalah baiknya jika anda menetapkan topik blog anda kepada satu bahagian sahaja. Contohnya blog tanaman organik, blog penjagaan bayi, blog kesihatan…
Topik yang khusus memberikan anda kelebihan dari segi pengaruh dan juga SEO. Sila perhatikan contoh berikut:
- Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog kesihatan
- Artikel “kebaikan vitamin C” daripada blog kenderaan
Mana satu anda lebih percaya atau yakin untuk membaca? No 1 atau no 2? Seimbas lalu sudah semestinya artikel no 1.
Namun begitu tidak semestinya anda mesti mengikuti istilah satu blog satu topik ini. Terdapat juga blog diluar sana yang tidak mempunyai topik khusus tetapi sangat berjaya seperti infosantai.com.
Langkah 2: Tentukan Nama Domain untuk Blog anda
Selepas anda pilih topik perkara seterusnya yang perlu anda buat ialah menentukan nama domain terbaik untuk blog anda.
Jika anda membuat blog untuk bisnes atau syarikat anda sudah tentu anda akan gunakan nama syarikat atau bisnes anda.
Jika anda tidak mempunyai nama khusus berikut merupakan panduan yang anda boleh gunakan untuk mecipta dan menentukan nama domain yang terbaik.
Panduan pemilihan nama domain terbaik
- Senang untuk dieja
- Pendek
- Senang diingati
- Sentiasa pilih .com sebagai pilihan utama
- Pastikan belum digunakan oleh orang lain
- Sasarkan kepada topik anda
- Elakkan penggunaan nombor dan simbol
Contohnya anda ingin membuat blog tentang pengurusan kewangan peribadi. Contoh nama domain baik mengikut konsep diatas adalah:
- matjimat.com
Contoh nama domain yang kurang baik adalah:
- pengurusankewanganperibadi.com
matjimat.com lebih menarik kerana senang diingat, senang dieja. Sekali baca orang tahu bahawa blog ini adalah tentang pengurusan kewangan atau sekurang-kurangnya berkenaan dengan wang/duit.
Sebaliknya pengurusankewanganperibadi.com pula sangat panjang, hambar, sukar dibaca dan kurang menarik. Kelihatan sangat formal seperti scam.
Mungkin ada pakar SEO diluar sana lebih mengatakan pegurusankewanganperibadi.com lebih baik kerana mengandungi kata kunci. Tapi ingat, SEO sekarang bukan seperti SEO dulu.
Tidak ada idea untuk nama domain anda? Mungkin pautan ini boleh membantu anda: Wordoid.
Senaraikan beberapa nama domain pilihan anda kemudian cuba periksa nama tersebut sama ada masih boleh didapati atau tidak menggunakan pautan ini: Instant Domain Checker.
Terdapat kebarangkalian nama domain yang anda pilih sudah diambil orang. Sebab itulah perlu periksa dahulu.
Apa bila anda sudah dapat nama domain yang anda mau boleh teruskan ke langkah yang seterusnya.
Langkah 3: Beli Domain dan Hosting
Pada bahagian ini anda akan mengeluarkan sedikit budget untuk membeli domain dan juga pakej hosting. Jumlah bayarannya bergantung kepada syarikat pembekal yang anda pilih.
Apa syarikat hosting yang perlu saya pilih?
Ada banyak pilihan yang boleh anda buat. Bagi saya, jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan.
Ada banyak pilihan yang boleh anda buat. Bagi saya, jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan.
- Kos murah
- Sokongan & bantuan teknikal yang cepat dan baik
- Laju dan Uptime
Berikut merupakan antara senarai servis terbaik yang boleh anda gunakan di Malaysia:
- ShiftServer – RM119 setahun (domain + hosting).
- ServerFreak – RM159 setahun (domain + hosting).
- Shinjiru – RM189 setahun (domain + hosting).
- Sempoi Hosting – RM195 setahun (domain + hosting).
- Inmotion Hosting – RM268 tahun pertama, RM453 tahun seterusnya (domain + hosting).
- Exabytes – RM282 tahun pertama, RM483 tahun seterusnya (domain + hosting).
- Hosgator – RM356 tahun pertama, RM503 tahun seterusnya (domain + hosting).
- Siteground – RM257 tahun pertama, RM554 tahun seterusnya (domain + hosting).
Saya mengesyorkan anda menggunakan khidmat shiftserver. Murah dan baik. Syarikatnya ada di Malaysia. Senang sikit untuk berurusan dan mendapatkan bantuan teknikal.
Saya telah menggunakan ShiftServer dalam lebih kurang 4 tahun. Setakat ini khidmatnya memuaskan dan bantuan pun cepat.
Jika anda memilih ShiftServer, berikut merupakan cara-cara untuk membeli domain dan pakej hosting.
Panduan membeli domain dan pakej hosting
Nota: Panduan ini dibuat berdasarkan pembelian domain dan pakej hosting di ShiftServer. Jika anda memilih syarikat lain caranya mungkin agak berbeza sedikit.
- Pergi ke laman rasmi ShiftServer.
- Pada bahagian menu di atas pilih PRODUCT & SERVICE > Shared Hosting
- Gerak sedikit ke bawah, ke bahagian plan, pilih pakej Starter & klik Order.
- Masukkan nama domain pilihan anda, pastikan berakhir dengan .com. Klik Check dan klik continue untuk meneruskan.
- Abaikan sahaja bahagian Available Addons melainkan anda faham cara menggunakkannya (boleh tambah secara manual kelak). Klik Continue.
- Bahagian Domain Configuration, tidak perlu ubah apa-apa. Tekan Continueuntuk teruskan.
- Bahagian Review & Checkout. Sila perhatikan bahagian Promo code. Periksa kod promosi di bahagian ShiftServer Promotion untuk diskaun. Jika ada masukkan kod tersebut sini.
- Klik Checkout untuk meneruskan.
- Bahagian pembayaran @ Checkout. Isi setiap butir-butir yang diperlukan dalam bahagian ini.
- Pembayaran boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu dengan cara Bank-in atau Paypal. Klik pada butang Complete Order untuk meneruskan ke bahagian pembayaran.
- Pengisian bahagian ini juga akan membuat satu akaun anda dengan ShiftServer. Butir-butir akaun akan dihantar ke email anda.
- Teruskan untuk membayar mengikut cara pilihan anda.
- Butir-butir pembayaran akan dihantar kepada anda melalui email yang anda berikan. Oleh itu pastikan email tersebut boleh diakses.
Nota: Bayaran RM86 untuk shiftserver ini adalah untuk domain setahun dan hosting 6 bulan. Jumlah kos sebenar untuk setahun adalah RM86 + RM36 hosting 6 bulan yang berikutnya.
Selepas anda siap membayar untuk domain dan pakej hosting, anda kena menunggu 8 -24 jam untuk domain anda aktif.
Prosedur ini sama tidak kira apa pakej atau syarikat hosting yang anda pilih. Ia dipanggil DNS propogation.
Dalam erti kata lain, ia adalah masa dimana ISP (internet service provider) mengemaskini data mereka di seluruh dunia dan memasukkan maklumat domain anda.
Jadi jangan buang masa untuk cuba akses domain anda yang baru didaftarkan. Rehat dahulu untuk 8-24 jam.
Langkah 4: Install WordPress
Selepas 8-24 jam (kira-kira sehari) anda boleh meneruskan dengan menginstall WordPress pada domain anda.
Berikut merupakan cara untuk install wordpress pada untuk blog anda.
Cara install WordPress melalui cPanel
- Akses cPanel anda dengan menambah /cpanel pada hujung domain anda. Contoh: www.domainanda.com/cpanel.
- Masukkan username dan password anda. Butiran tersebut sepatutnya ada dihantar ke email anda.
- Jika cara diatas tidak berjaya anda juga boleh akses cPanel melalui akaun anda pada syarikat hosting blog anda atau melalui link yang dihantar ke email anda oleh syarikat hosting anda.
- Bergantung pada tema cpanel yang digunakan, paparan utama cpanel kelihatan seperti berikut.
- Pergi ke bahagian Softaculous Apps Installer. Bahagian tersebut biasanya terletak pada bahagian bawah pada paparan utama cpanel.
- Klik pada butang wordpress.
- Paparan seperti berikut akan muncul.
- Pada bahagian atas, terdapat menu pilihan. Klik pada butang Install. Ini akan membawa anda kepada bahagian setting wordpress.
- Bahagian Software setup.
- Pada Choose protocol, anda boleh memilih daripada 4 pilihan struktur domain anda. Saya cadangkan anda memilih https kerana ia memberikan anda kelebihan dari segi sekuriti dan juga SEO.
- Untuk Choose Domain pilih domain anda.
- Untuk In directory, kosongkan bahagian ini. Asalnya terdapat perkataan WP_ . Padam perkataan tersebut.
- Bahagian Site Settings. Jika anda belum ada idea untuk mengisi bahagian ini, jangan risau. Ia boleh diubah juga kelak melalui panel admin.
- Untuk Site Name, isikan nama blog anda.
- Untuk Site description, isikan penerangan ringkas blog anda dalam 3 ke 5 patah perkataan.
- Untuk Enable Multisite (WPMU), biarkan bahagian ini kosong. Jangan tandakan. (melainkan anda faham kegunaan dan syarat-syaratnya).
- Bahagian Admin Account.
- Untuk Admin Username, tetapkan id @ username pilihan anda sini. Anda akan gunakannya sebagai akses ke panel admin blog anda.
- Untuk Admin Password, tetapkan password pilihan anda.
- Untuk Admin Email, tetapkan email pilihan anda sini. Asalnya adalah admin@domainanda.com. Anda boleh menggantikannya dengan email gmail atau mana-mana email yang sering anda gunakan.
- Bahagian Choose language. Pilih bahasa kegemaran anda.
- Bahagian Select Plugin(s), pilihan ini bergantung kepada anda. Saya biarkan sahaja bahagian ini tidak ditandakan.
- Bahagian Advance Options.
- Untuk Database Name dan Table prefix, biarkan sahaja seperti yang asal.
- Untuk Auto Upgrade WordPress Plugins dan Auto upgrade WordPress Themes, ikut kesesuaian anda. Anda mahu update secara manual atau sistem tolong update kan.
- Untuk Backup location, tetapkan pada default.
- Untuk bahagian Select theme, pilih sahaja mana-mana tema, anda boleh tukar tema tersebut nanti bila suda ada tema pilihan anda.
- Setelah siap dan yakin dengan setting anda, klik pada butang Install.
- Proses install wordpress selesai dengan paparan berikut.
Dengan berakhirnya langkah ke-29 ini bermakna selesailah proses pemasangan WordPress pada blog anda. Seterusnya, anda sudah boleh mulai mengerjakannya.
Tambahan: Cara akses panel admin blog anda (wordpress)
Bagaimana cara untuk akses bahagian panel admin? Bagi anda yang baru sahaja mula berjinak-jinak dalam menggunakan platform wordpress, panel admin kelihatan seperti berikut:
Untuk mengakses panel admin blog anda, anda hanya perlu menambah /wp-login.phppada hujung domain anda. Contoh seperti berikut:
www.ithmm.com/wp-login.php
Ini akan membawa anda ke paparan log masuk blog anda. Paparan log masuk atau login kelihatan seperti berikut:
Masukkan username dan password yang anda daftarkan sewaktu mula-mula install wordpress tadi, kemudian tekan Log In.
Jika anda terlupa username, boleh gunakan alamat email yang anda daftarkan sewaktu install wordpress.
Selamat berkecimpung dalam dunia blog. Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda. Kongsikan juga dengan rakan anda yang berminat hendak membuat blog.
Ada pertanyaan? Anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah. Saya sedia membantu anda.
Comments
Post a Comment